Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Puluhan Migran Diselamatkan Di Laut Mediterranean Disahkan Positif Covid-19, Jalani Kuarantin Di Laut

Seramai 28 orang migran yang diselamatkan dari Laut Mediterranean telah disahkan positif dijangkiti Covid-19, kata gabenor Sicily.

Hasil daripada keputusan ujian itu menandakan bahawa kesemua migran yang baru mendarat di situ merupakan kluster terbesar dalam kalangan migran. Sebilangan kes positif yang dicatatkan pula ada merupakan migran yang baru tiba ke Greece pada bulan Mei lalu.

Para pendatang tersebut telah ditemui di dalam sebuah kapal di Poto Empedocle, Sicily dan terus dibawa ke pusat kuarantin selepas diselamatkan di laut.

SeaWatch, badan NGO yang aktif dalam menyelamatkan migran, menyatakan bahawa mereka telah mengesan seorang migran yang diselamatkan pada minggu lalu, yang tidak bergejala, telah disahkan positif dijangkiti Covid-19.

SeaWatch turut menyatakan bahawa kesemua mereka yang positif itu telah diarahkan menjalani kuarantin di laut manakala yang lain akan terus diuji bagi memastikan wabak ini dapat dicegah.

Menurut Daily Mail, ujian yang dilakukan dalam kalangan krew kapal badan NGO yang menyelamatkan migran itu mendapati bahawa mereka semua negatif. Namun badan NGO itu menegaskan bahawa mereka telah tidak terlepas langsung daripada mengikuti semua protokol kesihatan yang disyaratkan untuk mencegah penularan wabak pandemik ini.

Demi rasa tanggungjawab, mereka mengakui bahawa mereka tidak kisah bertugas dalam musim pandemik dan berdepan dengan risiko penularan kes yang semakin meningkat di kem pendatang Libya.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right