Siakap Keli
covid-19 uk
Kredit: Daily Mail

Ribuan Pengunjung Dilapor Berjemur Di Pantai Britain, Cetus Kebimbangan Isu Penjarakan Sosial

Tanpa menghiraukan penjarakan sosial, ribuan pengunjung memenuhi pantai Bournemoth dan Brighton di Britain semalam bagi menikmati hari terpanas dalam tahun ini.

Menurut Daily Mail, suhu di London Heathrow mencapai 90.5F bersamaan kira-kira 32.5°C pada 3 petang semalam, buat pertama kali melebihi 90F pada tahun ini. Suhu ‘terpanas’ dicatatkan sebelum ini ialah 84F (28.9°C) iaitu pada 29 Mei lalu.

Situasi tersebut berlaku kurang 24 jam setelah Perdana Menteri UK, Boris Johnson mengumumkan SOP baru penjarakan sosial iaitu sejauh satu meter berbanding dua meter sebelumnya.

Salah seorang pengunjung, Euan Kogan, 31 berkata, dia merentas lebih 100 batu dari London untuk berjemur di pantai tersebut.

“Cahaya mataharinya mengujakan. Ini lebih baik dari terkurung di dalam,” katanya.

Sementara itu, ada juga pengunjung yang meluahkan kerisauan terhadap ketiadaan penjarakan sosial di sana.

“Saya risau dengan jumlah orang. Sepertinya gelombang kedua tak dapat dielakkan,” kata Aaron Clegg, 37.

Semalam, Britain mengumumkan 154 lagi kematian dan 653 kes baru COVID-19 di negara itu. Angka itu merupakan jumlah harian terendah dalam tempoh tiga bulan penularan.

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa