Siakap Keli

Terkorban Dalam Kemalangan, Jenazah Laskar Kanan PAP Maslim Diterbangkan Ke Semporna Pagi Ini

Kredit: Bernama

KOTA KINABALU, 25 Jun (Bernama) — Jenazah Allahyarham Laskar Kanan PAP Maslim Abdul Rahim, 35, seorang daripada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam kemalangan jalan raya Ranau-Kota Kinabalu, pada Selasa lepas diterbangkan ke kampung halamannya di Semporna, pagi ini.

Jenazah arwah diterbangkan ke Semporna dengan menaiki helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) EC 725 dan berlepas pukul 8.05 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Terminal 2, di sini.

Jenazah yang diiringi Laskar Kanan 1 PAP Mohamad Hafiz Md Nor dijangka tiba di Semporna pukul 9.35 pagi di Semporna.

Proses bedah siasat telah selesai dijalankan pukul 2.00 petang semalam di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth.

Maslim dari Markas Wilayah Laut (Mawilla) 2 Pangkalan TLDM Sandakan antara tiga mangsa nahas jalan raya yang berlaku pukul 1.03 petang, Selasa lepas.

Kemalangan itu turut mengorbankan dua lagi anggota iaitu Laskar Kelas I TNL Mohamad Firdaus Mat Izan dari Kluang, Johor dan Laskar Kelas I TMK Muhammad Arif Idris dari Melaka, manakala yang cedera ialah Laskar Kelas II TLR Vincent M Orel.

Jenazah Mohamad Firdaus dan Muhammad Arif dijangka diterbangkan hari ini ke Johor dan Melaka.

Sumber: BERNAMA

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.