Siakap Keli

Tiada Caj Hotel Selama Enam Bulan Di Pulau Pinang Bermula 1 Julai

George Town: Kerajaan Pulau Pinang mengetepikan caj hotel berkuat kuasa 1 Julai hingga 31 Dis, selaras dengan kebenaran merentas negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri Yeoh Soon Hin berkata ia adalah usaha kerajaan negeri untuk merangsang semula pelancongan dan menyokong industri dalam fasa pemulihan seiring dengan usaha yang dibuat untuk mengekalkan pelbagai sektor dan kumpulan yang terkesan dalam industri.

”Selain pengecualian caj pelancongan di peringkat Persekutuan, sokongan ini akan dapat memacu minat ke arah mengaktifkan semula pelancongan dan menyokong usaha pemulihan pelancongan untuk bulan-bulan mendatang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pengecualian enam bulan itu adalah sebahagian daripada pelan pemulihan pelancongan untuk secara berterusan menarik kedatangan pelancong domestik sepanjang bulan akan datang sehingga akhir tahun.

Yeoh juga berkata pelan pemulihan itu turut disertakan dengan pelbagai usaha promosi dan program insentif pelancongan, yang akan diperkenalkan secara berperingkat.

”Ini adalah sejajar dengan wawasan kerajaan negeri iaitu kami menggalakkan pelancongan yang bertanggungjawab, untuk menjadikan negeri dan negara kita sebuah tempat yang lebih selamat untuk masyarakat dan pelawat,” katanya.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.