Siakap Keli
Kredit: Uncle Kentang

“Uncle Kentang Kongsi Kisah ‘Ajaib’ Wanita Peroleh Bantuan Kewangan Untuk Kos Pembedahan Suami

Dari kata-kata yang terlafaz di mulut hinggalah bisikan di dalam hati, tiada apa yang tersembunyi dari pengetahuan Allah SWT.

Baru-baru ini, Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng berkongsi kisah ‘ajaib’ di mana seorang wanita menerima bantuan secara tidak disangka-sangka kerana tawakal.

Katanya, wanita itu memerlukan wang segera untuk pembedahan suaminya yang lumpuh. Dia telah bertemu Uncle untuk meminta bantuan bagi mencari jalan untuk mendapatkan dana RM5,000.

Biarpun belum mempunyai penyelesaian, Uncle Kentang berpesan kepada wanita itu agar terus redha, tawakal dan yakin kepada Allah.

Mari baca perkongsian beliau di bawah.

Allah Maha Mendengar. Allah intip perbualan kami. Perlu baca dan yakin.

Pagi-pagi perempuan di sebelah kanan menangis dekat saya sebelum melawat suami di Hospital Kuala Lumpur. Dia tidak tahu apa hendak dimaklumkan pada suaminya. Kerana doktor baru beritahu kepada dia, dia perlu ada RM 5,000 tunai untuk buat pembedahan terhadap suaminya yang lumpuh.

Dia tak tahu apa nak cakap dengan suami. Dengan keadaan sedih, dia menangis dan meminta saya cari jalan untuk dapatkan RM 5,000.

Saya mintak dia ke unit sosial dan juga Lembaga Zakat. Dia kata hari ini sudah Rabu. Ambil borang nak cari Nazir masjid dan kena buat temu janji dengan Nazir kerana Nazir selalu orang yang amat sibuk. Entah bila boleh dapat cop Nazir masjid kawasan.

Nanti nak submit ke Zakat entah bila boleh lulus. Pasal pembedahan suami lagi 5 hari. Memang tak sempat Zakat nak lulus.

Dia menangis teresak esak. Di mana nak cari RM 5,000. Saya nak beritahu Mr Kuan, anak saya dapat masuk U pun kami tolak kerana tak ada duit. Saya hanya buat kuih. Suami dulu bawa Grab kini terlantar empat bulan di hospital.

Anak-anak semua masih sekolah. Saya mohon pada Mr Kuan.

Saya hanya mampu bercakap, “Puan redha dan bertawakal serta yakin.. Puan jangan nangis.. Puan tolong senyum dan jumpa suami. Puan beritahu dia kamu telah telefon uncle Kentang (suaminya mengunakan ambulan kami).

“Kamu doa kepada Allah. Saya yakin semua akan dapat diselesaikan.

“Tuhan tidak membebankan kamu lebih dari apa kamu mampu tanggung.”

Ayat ini mungkin boleh meyejukkan hatinya. Semua saya akan cuba urus. (walaupun saya pun belum ada jawapan masa itu, saya cuba menyakinkan dan menenangkan beliau, terbayang aku nak ke Zakat Selangor untuk utarakan perkara ini).

Saya mahu Puan bersabar dan yakin. Selepas itu, saya pun dengar dia cakap Alhamdullilah. Dan saya kata apa-apa Puan isi borang dulu, fotostat borang itu dan hantar pada saya agar saya ada salinan permohonan untuk jumpa Zakat. Dan perbualan kami berakhir dengan saya menunggu borang beliau.

Sedang saya temubual dengan Astro di kedai kopi Sam Caffe, ada mesej masuk daripada rakan kongsi saya Serena.

Beliau maklum Lembaga Zakat Selangor nak bercakap dengan saya.

MasyaAllah.. Serupa Tuhan sedang intip perbualan telefon sebentar tadi.

Pegawai Zakat nak bercakap dengan saya. Sepatutnya niat saya memang nak ke Zakat bantu wanita Melayu tadi percepatkan permohonan RM 5,000 tersebut.

Baca sampai habislah.. Jangan letih membaca.. Baca terus ada hikmahnya..

Tapi Tuhan permudahkan saya dan datang panggilan dari pengurusan tertinggi Zakat. Nak bercakap dengan saya. Hati saya girang sangat kerana Tuhan sudah permudahkan saya.

Saya pun berterus dengan temubual. Dan jam 11.00 pergi bank dan ambil duit tunai bayar ambulan.

Selepas saya ambil duit, saya pun telefon pegawai Zakat. Beliau ramah, berbudi bahasa dan mohon saya berjumpa sekiranya saya ada masa.

Saya kata ok je kerana memang saya nak kenal lebih pegawai Zakat. Saya tahu saya tak boleh minta. Saya tak layak pasal bank saya ada sikit wang. Tetapi saya minta dan permudahkan orang lain.

Tepat jam 12.00 pm, wanita Melayu yang menangis pagi tadi sampai ke Zakat untuk ambil borang. Saya maklum pada beliau suruh jumpa dengan pegawai Zakat yang saya bercakap tadi.

Dan sini kuasa ajaib Tuhan berlaku. Kerana aku suruh dia yakin

1) Zakat luluskan RM 5,000 untuk kos perubatan. Akan isu GL kepada hospital.
2) Bantuan sewa rumah RM 800 sebulan.
3) bantuan kewangan bulanan.
4) Bantuan makanan bulanan
5) Bantuan anak masuk Universiti
6) Bantuan pelbagai.

Perempuan Melayu tersebut terkejut. Dia hanya datang minta RM 5000 untuk kos pembedahan suami.

Tetapi atas keprihatinan pegawai Zakat Selangor, dia diberi kelulusan dan dicadangkan bantuan pelbagai.

Ini lah mujarab bila kita yakin. Kita harus sabar dan tabah. Segala ujian ada hikmah nya.

Yang bestnya, wanita Melayu ini sangat beradab dan mulia.

Dia bawa semua anaknya untuk jumpa saya dan ucap terima kasih kerana beban dapat diselesaikan.

Saya hanya mampu mengucap kesyukuran dan berterima kasih kepada Lembaga Zakat Selangor dan Tuhan.

Tatkala kita permudahkan orang, Tuhan pasti mempermudahkan kita.

Maaf tulisan yang panjang. Saya sendiri terharu kerana Tuhan intip perbualan kami dan permudahkan kami semua.

Uncle kentang

25/6/2020

Sumber: Uncle Kentang

Amira

Love yourself.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa