Siakap Keli
Kredit: Google

Cuba Pertahan Diri Dari Diperkosa, Gadis 14 Tahun Dilaporkan Maut Dibakar Hidup-Hidup

New Delhi, 26 Jun- Seorang gadis berusia 14 tahun maut setelah dibakar hidup-hidup oleh dua orang lelaki yang cuba memperkosa mangsa di Bemetaram, Chhatarpur, lapor Tribunnews.

Mangsa yang mengalami kecederaan serius dengan kesan terbakar 80 peratus pada tubuhnya telah dibawa ke hospital tempatan pada Rabu (24 Jun).

Sebelum meninggal dunia, gadis tersebut sempat memberitahu identiti pelaku yang masing-masing berusia 14 dan 22 tahun.

Dalam kejadian, kedua-dua pelaku dipercayai menyerang mangsa ketika dia sedang mengembala ternakannya di lokasi hanya sekitar 200 meter dari rumahnya.

“Mereka menyerang dan cuba memperkosa remaja itu. Tapi mangsa melawan,” kata polis tempatan, Divyang Patel.

Gagal memperkosa mangsa, suspek yang berang kemudiannya menyimbah minyak tanah dan membakar mangsa hidup-hidup.

Tidak lama kemudian, ibu bapa mangsa menemui jasad anak mereka yang tidak sedarkan diri dengan kesan luka pada badan.

Kedua-dua suspek kini telah ditangkap dan disoal siasat.

Awal Jun, kejadian serupa berlaku di daerah sama apabila mayat seorang kanak-kanak perempuan empat tahun dipercayai mangsa pemerkosaan ditemui di sebuah perigi di sana.

Berdasarkan statistik kerajaan, sebanyak 40,000 kes pemerkosaan dilaporkan di India pada 2016.

Pun begitu, aktivis mendakwa angka itu jauh daripada angka sebenar yang tidak dilaporkan dipercayai kerana ugutan oleh pelaku serta stigma masyarakat terhadap mangsa pemerkosaan.

Pada 2018, kerajaan India menerima tekanan orang ramai agar melaksanakan hukuman mati terhadap penjenayah rogol terutama kanak-kanak bawah 12 tahun.

Sumber: Tribun News

Amira

Love yourself.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa