Siakap Keli
deko rumah atas air
Gambar: Mariyah Ghazali

(Gambar) Tinggal Di Rumah Atas Air, Wanita Kongsi Hasil Deko Ringkas Rumahnya Buat Ramai Teruja

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebuah rumah yang ideal tidak semestinya besar, mewah dan dipenuhi perabot mahal, tetapi cukup sebuah rumah yang membahagiakan penghuni di dalamnya.

Kebahagiaan individu berbeza cara. Semuanya terletak pada sifat qanaah dalam diri yang sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat diberi Ilahi.

Baru-baru ini, seorang wanita, Mariyah Ghazali berkongsi gambar ruang rumahnya yang dideko dengan sederhana tapi kemas. Menariknya, rumah Mariyah dibina di atas sebatang sungai di Marang, Terengganu.

“Dah siap. Walau pun kami tak mewah tapi rasa bahagia yang mana ada. Semua barang Eco. Buat sendiri. Hidup ni jangan banding dengan orang lain.

“Cara bahagia masing-masing. Yang penting kita selesa dan tenang,” tulisnya di Kelab Kaki Deko.

Perkongsian beliau mendapat lebih 34,000 tanda suka dan 6 ribu perkongsian. Malah, gambar-gambar rumahnya mendapat respon positif ahli kumpulan tersebut.

Sedap mata memandang

Cantik, kemas dan tenang

Bahagia cara kita

Salute dengan manusia yang selalu bersyukur macam ni

Sumber: Mariyah Ghazali, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)

Amira

Love yourself.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa