Siakap Keli

Hanya 1.41%, Kadar Kematian Covid-19 Di Malaysia Antara Yang Terendah Di Dunia

Kementerian Kesihatan Malaysia sukacita memaklumkan bahawa kadar  kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia antara yang terendah di dunia.

Hal ini merujuk kepada jumlah keseluruhan kes kematian sehingga hari ini adalah 1.41 % dengan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 121 orang. Hari ini juga, Malaysia terus mencatat sifar kes kematian yang berpunca dari Covid-19

Bagaimanapun, Datuk Noor Hisham Abdullah menegaskan bahawa “peperangan Covid-19” masih diteruskan dan belum tamat. Tambahnya lagi, beliau memohon kepada seluruh rakyat agar sentiasa mematuhi SOp yang ditetapkan untuk sama-sama mumutuskan rantaian wabak ini.

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang