Siakap Keli

Kerajaan Benar MICE, Pameran Pengembaraan Dan Perdagangan, Spa, Pusat Urut Kaki Beroperasi Mulai 1 Julai – Ismail Sabri

Spa, pusat refleksologi dan kecantikan antara sub-sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi semula mulai 1 Julai ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran tersebut turut diberikan untuk Meeting Incentive Convention Exhibition (MICE) dan Travel and Trade Fair (TTF).

“Bagi MICE dan TTF, hanya 250 pengunjung sahaja dibenarkan setiap masa, selain semua pengunjung perlu muat turun aplikasi MySejahtera bagi pendaftaran masuk.

“Penganjur juga perlu memastikan prosedur operasi standard (SOP) seperti pendaftaran pengunjung, suhu badan, kawal keluar masuk serta penjarakan sosial dipatuhi,” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Dalam pada itu, kebenaran bagi spa, pusat refleksologi dan kecantikan juga tetap tertakluk kepada SOP yang ditetapkan seperti pendaftaran, imbas suhu badan, pemakaian pelitup muka dan pensanitasi tangan.

Selain itu, pengusaha juga perlu memohon kebenaran beroperasi daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), selain perlu membuat saringan COVID-19 terlebih dahulu.

Dalam masa sama, pengunjung pula turut perlu memuat turun aplikasi MySejahtera bagi tujuan pemantauan.

“Tukang-tukang urut daripada persatuan orang-orang buta pun kita benarkan, yang penting mesti berdaftar dengan PBT,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, kebenaran tersebut hanya melibatkan pekerja warga tempatan sahaja, bukan warga asing.

Kebenaran pembukaan semula sub-sektor pelancongan tersebut adalah bagi menggalakkan pertumbuhan industri pelancongan domestik seperti yang dimohon oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada minit ke-23.

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa