Siakap Keli

“Kita Telah Sama-Sama Berjaya..” Genap 100 Hari PKP, Pak Long Mail Ucap Tahniah Buat Rakyat Malaysia Atas Kerjasama Perangi COVID-19

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia atas usaha sama yang diberikan dalam memerangi pandemik COVID-19.

“Semalam, genap 100 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Alhamdulillah, dengan kerjasama dan sokongan daripada seluruh rakyat, kita telah sama-sama berjaya melandaikan lengkung jangkitan COVID-19 sehingga jumlah jangkitan harian menurun ke satu (1) angka.

“Bagaimanapun, kita tidak boleh leka dan perlu memastikan norma-norma baharu sentiasa diamalkan.

“Oleh itu, amalkan kawalan kendiri untuk kekal selamat,” katanya dalam sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.

Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada durasi ke 17:30.

[[LIVE]] Sidang Media Harian Menteri Kanan (Keselamatan) Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

[[LIVE]] Sidang Media Harian Menteri Kanan (Keselamatan) Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan#BeritaRTM #RTM #COVID19Malaysia #PKPP #KerapBasuhTangan #Jarak1Meter #KitaJagaKita #KitaMestiMenang #KomunikasiKita #PelanPemulihanEkonomi #PENJANA #BersamaMenjanaEkonomi #KerajaanPrihatin

Posted by Berita RTM on Thursday, June 25, 2020

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.