Siakap Keli
Gambar Via Google

KKM Sahkan Satu Kes Baharu Rabies Libatkan Kematian Di Sarawak

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu kenyataan akhbar memaklumkan bahawa terdapat satu kes baharu rabies telah disahkan yang melibatkan seorang lelaki warga emas berumur 62 tahun.

Menurut kenyataan itu, lelaki yang berasal dari Sibu, Sarawak itu telah meninggal dunia pada 23 Jun 2020 di Hospital Sibu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan satu (1) kes baharu disahkan rabies iaitu seorang lelaki berumur 62 tahun dari Sibu, Sarawak. Pesakit telah meninggal dunia pada 23 Jun 2020 jam 7.00 petang semasa dalam perhatian rapi pakar perubatan di Hospital Sibu. KKM mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

Mendiang telah digigit oleh seekor anjing milik saudaranya di betis kanannya semasa mengunjungi rumah saudaranya di Jalan Sentosa Barat, Sibu pada 12 Mei 2020. Beliau telah mencuci luka tersebut dengan menggunakan air dan sabun selama 15 minit dan telah mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan. Namun beliau tidak hadir semula ke fasiliti tersebut untuk mendapatkan suntikan vaksin anti rabies.

Beliau mula mengalami lemah kaki dan sembelit pada 16 Jun 2020. Pada 19 Jun 2020, beliau telah dirujuk ke Hospital Sibu, Sarawak untuk rawatan lanjut dan telah dimasukkan ke wad pada hari yang sama. Pesakit telah meninggal dunia pada 23 Jun 2020 dengan penyebab kematian adalah rabies. Beliau telah disahkan jangkitan rabies melalui ujian makmal yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada 25 Jun 2020.

Dengan pengesahan ini, kes rabies pada tahun 2020 adalah dua (2). Jumlah kumulatif kes rabies di Sarawak semenjak wabak penyakit ini diisytiharkan pada 1 Julai 2017 adalah 24 kes termasuk 23 kematian.

Sumber: Ketua Pengarah Kesihatan

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa