Siakap Keli

Sekolah, Madrasah Tahfiz Dibenar Beroperasi Semula

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) — Sekolah dan madrasah tahfiz berdaftar dibenarkan beroperasi semula berdasarkan tarikh pembukaan sekolah yang akan diumumkan Kementerian Pendidikan (KPM) tidak lama lagi, kata  Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata semua sekolah itu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KPM, dan bagi madrasah yang mempunyai kemudahan asrama perlu mengikut SOP sekolah asrama yang ditetapkan.

“Jadi kepada sekolah tahfiz, tidak perlulah membangunkan SOP mereka sendiri tetapi hanya perlu merujuk dan mengguna pakai SOP yang telah ditetapkan oleh KPM.

“Bagaimanapun bagi sekolah dan madrasah tahfiz yang tidak berdaftar perlu membuat permohonan terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa Agama Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini.

Sumber:BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa