Siakap Keli
Gambar: Natipah Abu

“Tak Boleh Bercakap & Terlantar Sejak Lahir,” Kanak-Kanak Perlu Bantuan Untuk Beli Bateri Bipap

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hidup tidak semudah yang disangka, pelbagai ujian akan menimpa setiap orang dan ia perlu dilalui dengan tabah kerana tetap ada kemanisan yang menanti pada akhirnya.

Melalui kiriman terbaru aktivis masyarakat, Natipah Abu, beliau berkongsi mengenai seorang kanak-kanak yang sangat memerlukan bantuan untuk membeli bateri mesin bipap.

Menurut perkongsian di dalam Facebook itu, kanak-kanak berusoa 10 tahun yang dipanggil sebagai kak ngah itu tidak boleh bercakap dan hanya terlantar saja sejak lahir.

SEDEKAH JUMAAT.
BATERI MESIN BIPAP
SUMBANGAN MAYBANK NATIPAH ABU ‭552107617521‬

“ Saya dah bayar deposit untuk bateri mesin Kak Ngah RM100. Saya tak sangka semahal ni harganya ! Saya cuma nak minta tolong untuk bateri ni saja … “
Begitulah luahan ibu Kak Ngah 10 tahun. Turut diselitkan bersama resit sebut harga bateri dan filter mesin bipap Kak Ngah yang juga merupakan anak Rett Syndrome ini. Tertera di situ kos keseluruhannya ialah RM2700.
Ayah Kak Ngah bekerja makan gaji dengan sebuah syarikat swasta. Menyara tiga orang .. pendapatannya sekadar cukup makan saja. Untuk mengeluarkan wang seketul sebanyak jumlah tersebut, memang dia tidak mampu.
Kak Ngah tidak boleh bercakap dan hanya terlantar saja sejak lahir. Mujurlah ada kerusi roda khas utk membantu Kak Ngah duduk.
Kak Ngah juga tidak boleh menelan cecair dari mulutnya. Maka utk cecair seperti susu dan ubat , diberi melalui tiub yang ditebuk di perutnya sejak dia berumur 3 tahun lagi.
Kak Ngah tidak makan nasi tetapi makan roti bun yang dicicah air. Roti boleh ditelan melalui mulut tetapi air yang digunakan untuk mencicah roti akan meleleh keluar dari mulutnya.
Kak Ngah sangat perlukan mesin ini untuk paru-paru dan menyokong pernafasannya. Bateri diperlukan ketika berada di luar rumah terutamanya untuk mendapatkan rawatan susulan dari hospital kerana keadaan kesihatan Kak Ngah mudah terganggu. Mesin inilah talian penyambung hayat Kak Ngah.
Selain itu … setiap petang, Kak Ngah akan duduk di atas kerusi roda khasnya di hadapan rumah. Melihat anak-anak jiran tetangga barmain di halaman. Walau hari hujan, Kak Ngah tetap hendak keluar dan akan mengamuk selagi tidak dapat keluar. Itulah rutin yang membahagiakan dia selain dunianya di atas katil.
Atas sebab itulah, maka Sedekah Jumaat hari ini kita niatkan utk membeli bateri mesin bantuan pernafasan buat Nur Amani Batrisya Binti Muhadzir atau nama timangannya Kak Ngah.
Jujur ..
Utk Kak Ngah .. ibunya lah yang paling banyak berkorban dalam memastikan Kak Ngah sentiasa dalam keadaan baik-baik saja . Dengan sepenuh kudratnya, dia mendukung Kak Ngah yang sudah melebihi 30kg itu.
Walau peluh berjurai dan dalam keadaan tercungap nafasnya, si ibu tetap tersenyum manis. Meleret kaki Kak Ngah hampir mencecah ke tanah bila didukung ibu. Tanpa sebarang rasa yang asing, Kak Ngah di bawa ke mana saja termasuk ke majlis dan keraian. Begitulah dalamnya kasih seorang ibu yang tiada galang gantinya.
Semoga Kak Ngah berada dalam limpahan rahmat dan rahmah Allah S.W.T selalu hendaknya. Sungguh … kita menumpang tuah anak syurga ini.

Sumber: Natipah Abu

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa