Siakap Keli
Gambar:BERNAMA

Ahli Perniagaan Bergelar Datuk Seri Diculik Dan Dibunuh

KUALA LUMPUR, 27 Jun– Mayat seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang menjadi mangsa culik ditemukan dalam kawasan belukar di Batu 27 Jalan Rawang, Bestari Jaya, dekat sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmad, berkata mayat lelaki berusia 55 tahun itu ditemukan kira-kira jam 9 pagi ini.

Menurutnya, mangsa sebelum ini dilaporkan diculik ketika berjoging di taman permainan, Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada 10 Jun lalu.

“Mangsa diculik kira-kira jam 10.30 pagi pada hari kejadian,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Menurutnya, mangsa diculik untuk tebusan.

Ketika berita ini ditulis, tinjauan Bernama mendapati pasukan penyiasat masih berada di lokasi kejadian bagi mendapatkan sebarang petunjuk dan maklumat tambahan berkaitan kes tersebut.

— BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story