Siakap Keli

COVID-19: Kes Positif Di Indonesia 52,812 Kematian 2,720

JAKARTA, 27 Jun — Kes positif COVID-19 di Indonesia kini melepasi angka 52,000 kes.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 1,385 kes positif baharu dilaporkan manakala 37 lagi kematian.

“Jumlah keseluruhan kes positif kini 52,812 kes, jumlah kematian keseluruhan 2,720 orang, manakala 13,522 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19,” katanya pada sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 813 kes diikuti provinsi Jakarta (624 kes), Kalimantan Selatan (178), Jawa Barat (175) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

Provinsi Jawa Timur juga mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 11,178 kes, diikuti Jakarta (10,994 kes), Sulawesi Selatan (4,615) dan selebihnya di wilayah lain.

Sumber: BERNAMA

Nurul Najiha