Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

“Minda Anak Sangat Hebat,” Doktor Kongsikan Tips Pilih Buku Untuk Tarik Minat Anak

Sebagai ibubapa pasti kita mahukan yang terbaik dalam mendidik anak. Lebih-lebih lagi, apabila anak mula meningkat dewasa. Disebabkan itu, didikan awal ibu bapa lah yang akan mencorak sikap dan peribadi seseorang anak.

Begitu juga, jika ibu bapa yang ingin anak mereka cepat membaca dan mengenal dunia, mereka perlu lebih banyak mendedahkan anak-anak kepada bahan bacaan yang bermanfaat seawal usia mereka setahun.

Menerusi satu perkongsian di laman facebook milik Ahmad Luqman Bukhari, yang juga merupakan seorang doktor, beliau telah berkongsi beberapa tips jika ibu bapa berhasrat ingin mengajar anak mereka membaca lebih awal dengan memilih bahan bacaan dengan isi kandungan yang berkualiti.

Walaupun si kecil kita kat rumah tu baru je berusia setahun tapi kalau kita rajin bacakan buku untuk dia, kita boleh nampak banyak sangat kesan positif bila dia dah mula melangkah ke alam prasekolah nanti.

Serius, minda anak kita tu sangat hebat. Apa je yang kita ajar dan sebut kat dia akan diserap masuk macam span menyerap air.

Sebab tu penting untuk mak ayah semua pilih buku yang isi kandungannya berkualiti.

  • Cuba carikan buku yang ditulis dengan perkataan singkat dan pendek. Sekali dengar je gerenti senang untuk si comel tu ingat.
  • Untuk anak yang jenis visual learner, tolonglah sediakan buku yang berwarna warni dan bergambar. Seronok je nanti budak tu nak fokus dan faham bila belajar guna bahan bergambar ni.
  • Pilih buku yang saiz tulisannya besar supaya mudah untuk kita dan anak baca bersama.

Percayalah, buku yang berkualiti akan meningkatkan kemampuan dan kecerdasan otak anak kita tu. Sampai satu tahap nanti, dia sendiri yang akan duk merayu kat kita mintak bacakan dan ajarkan dia lagi.

Kongsikan info ni dengan pasangan masing-masing ye.

Sumber: Ahmad Luqman Bukhari

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa