Siakap Keli
Gambar:BERNAMA

Seorang Parah, Dua Cedera Dalam Kemalangan Kereta Api

KUANTAN, 27 Jun — Seorang individu parah manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta api syarikat kontraktor di Chegar Perah, Lipis, kira-kira 300 kilometer dari sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Azli Mohd Noor, berkata kejadian dipercayai berlaku di kilometer 260 pada jam 9.30 pagi tadi.

“Kereta api tersebut difahamkan terlibat dalam kerja baik pulih di landasan Chegar Perah semasa kejadian berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Azli berkata mangsa diselamatkan pihak polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

— BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story