Siakap Keli

(Video) Meremang, Gadis Tak Sedar Terakam Makhluk Berbungkus Tengah Melompat Di Tepi Jalan

Pasti ada di antara kita yang pernah mengalami pengalaman seram berdepan dengan kejadian-kejadian aneh. Kadangkala ianya seperti tidak masuk dek akal tetapi kewujudan makhluk ghaib iaitu jin pada alam yang sama dengan manusia sememangnya tidak dapat dinafikan.

Seperti perkongsian oleh Twitter creepyposta mengenai sebuah kejadian seram yang menimpa seorang gadis baru-baru ini ketika melalui sebuah jalan di Rengit, Johor.

Menerusi video yang dimuat naik, gadis berkenaan dilihat sedang memandu dalam keadaan gelap di kawasan tersebut dengan ditemani lagu daripada radio.

Namun, tanpa sedar sebenarnya dia telah merekod kehadiran entiti berupa makhluk berbungkus dalam keadaan sedang melompat di tepi jalan.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan oleh abang mangsa, insiden ini berlaku dalam keadaan tiba-tiba tanpa pengetahuannya yang sedang memandu pulang ke rumah ibu bapa.

Benda ni jadi tiba-tiba tanpa pengetahuan dia 

Sumber: @creepyposta

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.