Siakap Keli

Baru 20 Minit Keluar Kedai, Bahagian Belakang Lamborghini Remuk Teruk Akibat Kemalangan

Sebuah kereta ‘Super Car’ yang dikatakan bernilai $ 300,000 dilaporkan telah terlibat dalam kemalangan di lebuh raya United Kingdon. Apa yang mengejutkan adalah kereta jenis Lamborghini Huracan Performante Spyder itu baru sahaja 20 minit meninggalkan pengedar kereta tersebut. Ini

Beberapa foto yang tular telah menunjukkan bahagian kanan belakang kereta tersebut ‘hancur’ dipercayai selepas dirempuh kenderaan lain.

Kejadian berpunca selepas Lamborghini ini mengalami masalah dan berhenti sebelum sebuah van yang berada dibelakangnya dipercayai hilang kawalan dan melanggar Lamborghini itu. Bahagian belakang Lamborghini hancur dengan teruk.

Dimaklumkan, pemandu van yang melanggar Lamborghini berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan dibahagian kepalanya. Laluan lebuh raya terpaksa ditutup seketika bagi mengalihkan kedua-dua kenderaan berkenaan. Namun, sehingga kini identiti sebenar pemilik Lamborghini tersebut masih belum dikenalpasti.

Sumber: www.foxnews.com

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa