Selalu kita nampak pada buku nota atau buku tulis terdapat satu garisan margin di sebelah hujung dalam helaian kertas tersebut. Mungkin anda pernah tertanya-tanya mengapa ada margin dalam buku tulis anda?
Menurut portal Reason Behind The, waktu dulu, buku-buku tulis selalu jadi mangsa tikus yang suka makan kertas. Jadi, untuk tidak membiarkan tikus selalu makan kertas dan maklumat yang dicatat di dalam buku hilang. Orang-orang dahulu mula meninggalkan tempat kosong pada bahagian hujung, tempat dimana kerosakkan mungkin akan berlaku.
Secara ringkasnya, untuk orang-orang menyimpan maklumat dalam jangka masa yang panjang, mereka akan meninggalkan ruang margin pada buku nota dimana bahagian tikus selalu menggigit. Jadi, maklumat yang di tulis dapat dilindungi sepenuhnya.
Sumber: reasonsbehindthe