Siakap Keli
Gambar: Sheila Marzuki

“Tak Serabut Dah Mata,” Idea Susunan Barangan Dapur Boleh Cuba Untuk Nampak Kemas Dan Teratur

Dapur adalah salah satu kawasan yang paling penting di dalam rumah. Manakan tidak, dapur adalah tempat untuk kita menyediakan serta menyajikan makanan.

Ianya juga adalah salah satu kawasan yang sering digunakan terutamanya bagi suri rumah. Justeru daripada itu, barangan di dapur mestilah selalu berada dalam keadaan tersusun dan kemas supaya boleh menaikkan mood untuk menggunakannya.

Seorang pengguna Facebook bernama Sheila Marzuki ada berkongsikan tentang caranya menyusun barang-barang yang terdapat didapurnya dengan bekas yang telah dilabelkan dengan sticker yang dibuatnya sendiri supaya tampak lebih kemas dan tersusun rapi.

Saja nak share, hasil penat lelah reorganize sebahagian dapur, dlm kitchen cabinet merangkap laundry. (sebab semua setempat). Rasa lega semua rempah ratus dh ada rmh masing-masing. Tak serabut dh mata.

Bekas-bekas rempah hampir 80% beli (Mr. Diy), dan ada yg recycle balik. Sticker print & cut sendiri (saya ada kedai printing). 2 hari punya kerja ni, ada masa mcm nk give up. Tp bila dh siap, puas hati. Lagi suka nak masak.

Hrp tak sakit mata.
Enjoy🎉

Berikut adalah antara foto caranya menyusun barang-barang dapurnya:

Simpan serbuk rempah ratus dalam bekas dan letak label

Dapatkan pelbagai jenis bekas rempah di SINI

Simpan minyak-minyak di satu tempat

Asingkan dan simpan serbuk serta bahan bancuhan minuman di satu tempat dan labelkan

Simpan stok barangan di dalam rak supaya tampak lebih rapi

Sumber: Sheila Marzuki

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa