Siakap Keli

(Video) Gelagat Anjing Laut Ini ‘Kacau’ Pekerja Bersihkan Kolam Tarik Perhatian

Hampir 30 spesis anjing laut dikatakan yang hidup di dunia bermula dari spesis yang kecil sehingga besar. Selalu kita hanya melihat anjing-anjing laut dilatih untuk apa-apa persembahan di zoo atau pertunjukkan. Pastinya anjing laut yang telah dilatih menjadi lebih jinak dan manja.

Menerusi satu video di laman Twitter yang dikongsikan oleh dontellloki, satu rakaman menunjukkan telatah lucu anjing laut yang sangat senang hati meluncur ketika petugas membersihkan kolam berkenaan. Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling anjing laut itu meluncur dengan bahagia berulang kali.

Rakaman tersebut yang melucukan telah menarik perhatian ramai di mana sehingga terdapat 113.5 ribu ulang kicau dan 33.7 ribu tanda suka.

Sumber : Twitter

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa