Siakap Keli

“2 Kali Stop Sebab Tertidur Atas Motor”, Netizen Kongsi Status Terakhir Arwah Sahabat, Beberapa Jam Sebelum Kemalangan Dipercayai Akibat ‘Microsleep’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mircosleep  merupakan satu episod tidur yang singkat dalam beberapa saat. Ia merupakan situasi di luar kawalan kerana individu yang terlelap seringkali tidak sedar mereka telah tertidur.

Hal ini pastinya membahayakan keselamatan mereka yang sedang mengendalikan jentera seperti mesin di kilang mahupun memandu kenderaan.

Tidak sedikit kemalangan direkodkan melibatkan pemandu yang terlelap seketika yang akhirnya meragut nyawa.

Baru-baru ini, seorang pemuda berkongsi berita mengenai sahabatnya yang kemalangan dipercayai kerana microsleep.

Menurut Fazli Rashid, rakannya telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 3 petang semalam setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Katanya, mangsa dalam perjalanan dari Johor ke Universiti Putra Malaysia (UPM) di Selangor sebelum kemalangan di Km240 Lebuhraya Plus arah ke Kuala Lumpur susur Pedas-Linggi.

Fazli turut berkongsi paparan skrin perkongsian Instagram Allahyarham dipercayai beberapa jam sebelum tragedi berlaku.

“Tolong, saya taknak microsleep. Dua kali dah berhenti sebab tertidur atas motor,” tulisnya.

Perkongsian beliau menyentuh hati orang ramai yang berduka atas pemergian Allahyarham.

Tak kurang juga, ramai yang berkongsi pengalaman sendiri mengalami microsleep hingga nyaris meragut nyawa.

Terpejam mata, tiba-tiba dah terbabas ke tepi

Hati-hati bila fikiran mula terawang-awang

Alhamdulillah selamat walau kereta total lost lepas langgar lori

Jarak jauh ke dekat, kalau nak jadi, jadi

Tidur kalau mengantuk sangat

Jumpa doktor dan periksa kalau selalu mengantuk

Sumber: Fazli Rashid

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.