Siakap Keli

5 Tips Cara Guna Google Search Untuk Dapat Info Yang Lebih Tepat & Pantas, Hanya Masukan Tanda Baca Ini

Jutaan manusia menggunakan Google dalam macam-macam perkara. Dari hiburan, pelajaran dan perkara yang tidak terlintas dalam fikiran semua ada dalam carian Google.

Digunakan dengan pelbagai tujuan seperti pelajar mencari bahan rujukan untuk tugasan, suri rumah mencari resepi masakan dan juga anak muda mencari hiburan melalui carian muzik semuanya ada dihujung jari.

Tetapi kebanyakan orang tidak menggunakan carian Google dengan sepenuhnya. Seorang pengguna laman Twitter ada berkongsikan 5 menggunakan carian di Google dengan lebih mudah.

PAKAI 5 CARA INI AGAR SEARCHING DI GOOGLE LEBIH MUDAH

1. Tanda Sempang (-)

Tanda sempang dapat digunakan semasa mencari sesuatu dan dalam carian kita ingin mengecualikan satu perkara. Sebagi contoh kita nak cari berkaitan burung Phoenix tetapi Phoenix juga merupakan sebuah bandar di Arizona. Sekiranya kita tidak mahu carian mengandungi tentang Arizona, yang perlu ditaip pada Google adalah “Pheonix-Arizona”.

2. Tanda Pembuka Kata (” ”)

Penggunaan tanda ini berguna untuk mencari ayat dengan perkataan dan susuanan yang sama seperti apa yang ditaip. Sebagai contoh kita ingin mencari “Polis Menangkap Perogol Bersiri”, maka hasil carian yang akan keluar hanyalah hasil yang mengandungi ayat yang sama.

3. Tanda Tilde (~)

Tanda ini digunakan untuk mencari sinonim atau yang berkaitan dengan perkara yang dicari.

4. Timeline (xx..xx)

Menggunakan dua titik noktah dan tahun pada carian Google. Sebagai contoh, “Pemenang Anugerah Juara Lagu 2018..2019.

Hasil carian akan muncul pemenang pada tahun 2018 dan 2019 sahaja.

5. Filetype

Kalau nak cari bahan seperti penulisan, katalog atau artikel mengikut jenis fail tertentu seperti Words atau pdf boleh guna cara ini.

Sumber: @gee idntimes.com

Nur Syafiqah

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.