Siakap Keli

COVID-19: Bekas Pesakit Ke-1,051 Antara Kes Import Dikesan Positif Di Kemboja -KKM

Kredit: Google

PUTRAJAYA, 29 Jun (Bernama) — Seorang daripada dua warga Kemboja yang dikesan positif COVID-19 sebaik tiba ke negara asal dari Malaysia, merupakan bekas pesakit kes indeks ke-1,051 yang telah disahkan sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata seorang lagi penumpang yang disahkan positif merupakan pelajar berusia 15 tahun yang belajar di sebuah pusat tahfiz, di negara ini.

Beliau berkata pihaknya baru dimaklumkan oleh pihak berkenaan di Kemboja dan aktiviti pengesanan kontak rapat kes terlibat akan dijalankan.

“Seorang daripada mereka merupakan kes lama di Malaysia iaitu kes ke-1,051. Walaupun telah dikesan positif tetapi mungkin ia peluruhan virus jadi mungkin tak membimbangkan… dia masih dikesan positif menggunakan ujian RT-PCR (Reverse Transcriptase – Polymerase Chain Reaction) contohnya, tapi virus sudah mati,” katanya.

Bercakap pada sidang media perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan, hari ini, Dr Noor Hisham berkata KKM juga akan bekerjasama dengan pengendali lapangan terbang dan syarikat penerbangan terlibat bagi mengenal pasti individu yang terdedah dengan kes itu dalam pesawat berkenaan.

Semalam, media antarabangsa melaporkan terdapat dua kes positif import melibatkan warga Kemboja yang menaiki penerbangan terus dari Malaysia ke negara itu pada Jumaat.

Selain 103 penumpang warga Kemboja dalam penerbangan itu, dilaporkan terdapat dua rakyat Malaysia menaiki pesawat sama.

Ditanya mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan kepada pengendali taman tema air, Dr Noor Hisham berkata pusat rekreasi air perlu mengehadkan kemasukan pengunjung dan KKM tidak menggalakkan pembukaan 100 peratus.

“Kita nasihatkan semua orang atau taman tema berkaitan supaya mengambil langkah-langkah pencegahan dan juga menjaga kebersihan serta apa yang penting ialah mengamalkan penjarakan sosial kerana kebimbangan KKM ialah kalau ada perhimpunan atau kesesakan apabila membuka taman tema ini.

KKM juga ingin menasihatkan setiap pengunjung yang pergi ke taman tema air mengamalkan penjarakan sosial, manakala pengendali taman tema disaran mempertingkatkan lagi aktiviti pembersihan kolam di taman tema air,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan 54 taman tema termasuk taman tema air dibenarkan beroperasi mulai 1 Julai.

Sumber: BERNAMA

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.