Siakap Keli
pasar umum sandakan covid-19
Kredit: Bernama

COVID-19: Satu Kes Baru Lepas Dua Bulan Jadi Zon Hijau, Pengunjung Pasar Umum Sandakan Dinasihat Pantau Kesihatan

SANDAKAN, 29 Jun (Bernama) — Orang awam yang pernah mengunjungi pasar borong ikan dan pasar ikan di Pasar Umum Bandar Sandakan di sini dalam tempoh 14 hingga 28 Jun lepas dinasihatkan menjaga dan memantau kesihatan diri susulan pengesanan kes positif COVID-19 di pasar itu.

Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Wong Foo Tin, dalam kenyataan malam ini, berkata sekiranya bergejala, mereka yang berkenaan perlu segera tampil mendapat rawatan di Hospital Duchess of Kent atau Klinik Kesihatan Kawasan Sandakan untuk menjalani saringan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang akhbar perkembangan COVID-19 di Putrajaya hari ini memaklumkan kes di pasar Sandakan itu adalah satu daripada dua kes penularan dalam negara yang dilaporkan hari ini.

Malaysia hari ini melaporkan tiga kes baharu jangkitan COVID-19 iaitu dua kes penularan dalam negara – masing-masing satu kes di Selangor dan di Sabah – manakala satu lagi kes import.

Kes yang dikesan semasa saringan di tempat kerja iaitu di pasar di Sandakan, adalah kes pertama direkodkan di daerah itu setelah dua bulan berstatus zon hijau.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.