Siakap Keli

Elak ‘Make-Up’ Anak Umur Bawah 16 Tahun, Ini Mungkin Bahaya Yang Menanti

Wanita dan kecantikkan memang tidak dapat dipisahkan kerana ia sudah menjadi fitrah seorang wanita yang sememangnya menyukai kecantikkan. Termasuklah dengan memakai alat solek di wajah sudah menjadi kebiasaan bagi kaum wanita walaupun hanya sekadar  memakai bedak dan gincu.

Namun pemakaian alat solek juga ada had umurnya untuk memastikan kulit muka tidak rosak terutamanya bagi kanak-kanak. Seeloknya elakkan memakai alat solek kepada kanak-kanak kerana kulit muka kanak-kanak adalah sangat sensitif.

Mengapa kanak-kanak tidak dibenarkan memakai alat solek?

Menerusi perkongsian dari laman Public Health Malaysia, terdapat beberapa kesan pemakaian alat solek kepada kanak-kanak yang perlu anda ketahui.

Kanak kanak sememangnya secara semula jadi telah comel dan mempunyai kulit yang halus. Kulit mulus mereka TIDAK perlu dicemarkan dengan bahan kimia seperti alat solek.

Walaupun alat solek tersebut selamat bagi orang dewasa, ianya tidak semestinya boleh digunakan oleh kanak kanak. Ini adalah kerana kanak kanak mempunyai tahap metabolisma yang tinggi dan mampu menyerap bahan kimia dengan pantas.

Gincu – bahan meresap ke dalam membran
Eyeliner/solekan mata – BIG NO kerana kulit kelopak mata nipis
Pewarna kuku
Pewarna rambut
Lain lain bahan kosmetik

Sekiranya bahan kosmetik mengandungi Merkuri, ia boleh diserap ke dalam tubuh dan menjejaskan perkembangan otak dan membantutkan pertumbuhan neurological.

Bilakah waktu yang selamat untuk mereka mula menggunakan alat solek? 16 tahun ke atas adalah umur yang selamat untuk mula menggunakan alat solek.

Iklan

Nor Azilah