Siakap Keli

Jangan Keliru, Majlis Akad Nikah Di Masjid, Dewan Dan Rumah Boleh Dihadiri 250 Tetamu – Ismail Sabri

Majlis akad nikah sama ada dilakukan di masjid, dewan, rumah dan sebagainya boleh dilakukan dengan kehadiran 250 orang tetamu mengikut kapasiti ruang dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan perkara tersebut kerana terdapat kekeliruan yang timbul mengenai majis akad nikah yang dibenarkan denga kehadiran 20 tetamu sahaja berbanding majlis perkahiwnan dengan 250 tetamu.

”Sebenarnya ramai yang agak keliru apabila kita mengumumkan majlis perkahwinan dibenarkan dengan kapasiti 250 termasuk majlis-majlis lain dibenarkan, ianya termasuklah majlis akad nikah kita benarkan.

”Ramai yang keliru masih lagi menganggap untuk akad nikah hanya 20 tetamu seperti kita putuskan dulu. Sebenarnya majlis akad nikah juga sama ada di dalam masjid, dewan, rumah dan sebagainya boleh mengundang tetamu tidak melebihi 250 dan had tetamu juga tertakluk kepada saiz keluasan dan kapasiti ruang serta pematuhan SOP yang telah diumumkan,” kata beliau.

Tambah Ismail, kebenaran untuk melakukan majlis perkahwinan juga bukan hanya tertakluk kepada agama Islam tetapi juga penganut agama lain.

Tetapi, SOP yang ditetapkan masih sama bagi semua agama dengan jumlah tidak melebihi 250 orang.

”Kebenaran untuk majlis jamuan perkahwinan ini juga tertakluk kepada majlis perkahwinan agama lain. Maknanya apabila kita benarkan majlis perkahwinan Islam dan lain-lain aktiviti agama di masjid di rumah dan sebagianya, ianya juga adalah kebenaran kepada jamuan perkahwinan dan program perkahwinan di rumah ibadat atau di rumah atau di dewan bagi agama-agama bukan Islam yang lain.

”Jadi, terbuka kepada semua, walaubagaimanapun SOP sama sahaja sama ada Islam atau bukan Islam dan jumlah sama tidak melebihi 250 orang,” kata beliau.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan untuk membenarkan penganjuran majlis sosial termasuk perkahwinan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 1 Julai ini.

Majlis sosial ini merangkumi kenduri, majlis perkahwinan, ulang tahun perkahwinan, majlis keagamaan seperti tahlil, aqiqah, dan doa selamat, majlis-majlis seperti reunion, hari jadi dan lain-lain.

Kapasiti tetamu yang hadir adalah tidak melebihi 250 orang bergantung kepada saiz tempat majlis tersebut diadakan serta had masa di antara tiga hingga lima jam sahaja.

Sumber: Sidang Media PKPP

Iklan

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.