Siakap Keli
Gambar: SIDQI Little Farm

Kaedah “Sustainable Farming”, Cara Buat Baja Organik Daripada Sayur “Reject” Petani Kena Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jika anda mempunyai tanaman sayuran yang rosak atau ‘reject’ di kebun, apa yang anda buat dengan sisa itu?

Nak dijual ke pasar, memang mustahil. Nak dijual dengan harga murah, bukan semua orang ‘sanggup’ nak beli, kan? Paling tidak pun dibeli untuk buat stok makanan haiwan ternakan.

Namun, tahukah anda, sayur reject sebenarnya ada kegunaan yang bagus untuk tumbesaran tanaman, iaitu boleh dijadikan sebagai baja organik.

Tips semai baja organik daripada kompos sayur reject ini dikongsikan oleh SIDQI Little Farm di halaman Facebooknya baru-baru ini.

Mari baca perkongsian di bawah.

Kutip sayur ‘reject’ dari kebun jiran. Gambar: SIDQI Little Farm

Sayur reject jadi baja

Minggu lepas kami dapat sisa sayur dari kebun jiran.

Sayur-sayur ‘reject’ kerana berlubang dimakan ulat serta tak berapa gemuk ini tidak dapat dijual di pasaran.

Sayur-sayur tanpa pesticide ini amat sesuai dengan ayam-ayam kami. Jadi, daripada dibuang, baiklah kami ambil.

Penuh satu truck untuk ayam-ayam kami. Gambar: SIDQI Little Farm

Hasil kutipan, kami dapat penuh satu truck 4×4.

Sayur-sayur tersebut kami longgokkan di ‘compost pit’ ayam & tabur di lantai reban.

Ayam-ayam makan sayur bahagian yang lembut seperti daun & pucuk serta ulat sayur.

Sayur-sayur ditabur di lantai reban. Gambar: SIDQI Little Farm
Dan juga dilonggokkan di ‘compost pit’. Gambar: SIDQI Little Farm
Ayam-ayam makan bahagian lembut seperti daun & pucuk. Gambar: SIDQI Little Farm
Selepas lebih seminggu, hanya tinggal batang sayur sahaja. Gambar: SIDQI Little Farm

Selepas seminggu lebih, yang tinggal hanyalah batang-batang sayur.

Hasil ayam makan sayur, tinja ayam & perbuatan mengais serta mencakar telah menghasilkan kompos yang separa terurai.

Jika tunggu lebih lama, kompos akan dihasilkan oleh ayam-ayam ini.

Kompos separa terurai ini dikutip. Gambar: SIDQI Little Farm

Bagi mengelakkan lantai reban lembap (kerana cuaca mendung hampir seminggu), kami mengutip semua kompos separa terurai itu & diletakkan ke atas batas sayur sebagai ‘mulch’.

Kompos separa terurai ini akan menyambung proses penguraiannya di situ & seterusnya memberi nutrient kepada tanaman kami.

Dan digunakan pula sebagai mulch & akan secara perlahan-lahan terurai di batas tanaman. Gambar: SIDQI Little Farm

Ini adalah salah satu contoh #sustainablefarming #permaculture dimana kita menggunakan sepenuhnya apa yang ada di depan mata & mengintegrasikan haiwan serta tanaman dalam sistem kita.

Dengan cara ini ia dapat mengelakkan sisa terhasil & menukarkan sisa menjadi sesuatu yang lebih bermakna (kompos).

Sistem ini juga memudahkan kerja kita kerana mengurangkan kerja memberi makan ternakan & kerja menghasilkan kompos.

Sumber: Sidqi Little Farm

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.