Siakap Keli

Seronok Sangat Berbasikal, Kanak-Kanak Ini Tak Sedar Dah Berkayuh & Sesat Sejauh 33km

Seorang kanak-kanak lelaki  dari Kecamatan Weru, Sukoharjo tersesat di Solo ketika berbasikal seorang diri, dia yang merupakan penduduk Dusun Jetis, Desa Karakan, Weru, tidak merasakan bahawa dia telah menempuh perjalanan sejauh 33 kilometer.

Menurut laporan dari  Tribunnews, permulaan kisah kanak-kanak yang tersesat dari kampung ke bandar kerana keseronokan menunggang basikal sendirian dari rumahnya di Weru, Sukoharji hingga ke Solo mengikuti jalan besar Tawangsari-Sukoharjo-Solo Baru.

Emmy, yang memakai pakaian sukan sekolah mendakwa, tidak tahu lokasi sehingga dia datang ke Solo Baru dan terus mengayuh basikalnya dan berhenti di daerah Serengan.

Pegawai Perhubungan Awam Paur Solo Aiptu Iswan Tri Wahudiono yang mewakili Ketua Perhubungan Awam Surakarta Polresta Surakarta Kompol Yuliantara Proriyanta berkata, kanak-kanak itu telah dibawa ke balai polis Serengan.

Iswan mengakui, budak lelaki berusia 10 tahun telah tersesat dan ditemui oleh anggota Balai Polis Serengan.

“Sebaik kisah adik Emmy dimuat naik di media sosial dan tular ramai kenalan menghubungi ahli keluarga dan memaklumkan penemuan anak mereka.

“Keluarga dan neneknya hadir di balai polis sebelum membawanya pulang,” katanya.

Sumber: Tribunnews.com

Nor Azilah