Siakap Keli

(Video) Tidak Tangani Isu Covid-19, Jokowi Ugut Rombak Jawatan Menteri Atau Bubar Agensi Kerajaan

Rakaman video memaparkan Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi memarahi menteri dan pegawai agensi kerajaan yang dilihat tidak serius dalam menangani wabak Covid-19 di negara itu menjadi perhatian ramai di media sosial.

Menerusi video yang dieluarkan oleh Pejabat Presiden semalam, Jokowi yang berucap di dalam mesyuarat Kabinet pada 18 Jun lalu turut mengugut untuk menggugur atau membubarkan menteri dan agensi kerajaan yang dilihat tidak menunjukkan prestasi dalam usaha menangani wabak tersebut.

“Anda tidak mempunyai perasaankah? Ini adalah krisis.

“Saya akan ambil langkah luar biasa demi 267 juta rakyat, demi negara. Boleh jadi bubarkan agensi, boleh juga rombakan, saya telah memikirkan segala-galanya,” kata beliau di dalam rakaman video berkenaan.

Setakat ini, sebanyak 54,010 jangkitan dilaporkan dengan 2,754 kematian iaitu tertinggi di Asia Tenggara telah dilaporkan di Indonesia.

Kes jangkitan tersebut terus meningkat setelah beberapa sekatan dilonggarkan menerusi pembukaan beberapa sektor perniagaan awal bulan ini.

Sumber: Tribun News

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.