Siakap Keli
Gambar: Xinhua/VNA

Vietnam Kekal Rekod Sifar Kes Baharu Covid-19 Sejak 16 April

Hanoi: Sejak 16 April, Vietnam masih berjaya mengekalkan rekod sifar jangkitan baharu COVID-19 dalam komuniti tempatan, menurut Jawatankuasa Pemandu untuk Pencegahan dan Kawalan COVID-19 pada Ahad, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Daripada 355 kes yang disahkan di Vietnam setakat ini, 215 terdiri kes import dan dikuarantin semasa tiba di negara ini, tanpa risiko penularan dalam kalangan masyarakat.

Seramai 9,048 kontak pesakit atau yang tiba dari wilayah terjejas wabak kini dikuarantin di seluruh negara, termasuk 107 di hospital, 8,051 di pusat khas dan 890 di rumah.

Seramai 330 daripada 355 pesakit atau 93 peratus, sudah pulih sepenuhnya dan kekal tiada kematian dilaporkan.

Sepuluh pesakit masih menjalani rawatan.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.