Siakap Keli

Air Liur Anak Meleleh Tanda Mahu Tumbuh Gigi? Ini 10 Tanda Lain Yang Juga Buat Air Liur Bayi Meleleh

Sebagai ibu bapa, aspek tumbesaran dan perkembangan bayi adalah perkara yang sangat penting dan utama terutamanya di awal usia si manja.

Pun begitu, kebanyakan ibu bapa terutamanya yang masih baharu atau pertama kali pasti kerap kali berhadapan kesukaran menjaga anak.

Kenapa bayi menangisKenapa bayi tolak susuKenapa bayi susah tidur?

Pelbagai soalan akan timbul dalam fikiran tatkala meneka apa yang tidak kena pada si manja.

Ada satu lagi soalan yang masih ramai ibu bapa tidak tahu jawapannya sehingga sekarang iaitu kenapa air liur bayi asyik meleleh?

Ingin tahu kenapa? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

Adakah air liur bayi meleleh itu normal?

Ibu bapa mana yang tidak risau jika tiba-tiba sahaja mulut si manja penuh dengan lelehan air liur bukan?

Pun begitu, kalian tidak perlu terlalu panik sekiranya ia berlaku kepada bayi anda kerana ia adalah normal!

Keadaan ini dikenali sebagai ‘baby drooling’ dan ia biasa terjadi kepada si kecil yang berusia 2 tahun ke bawah terutamanya semasa umur 3 hingga 6 tahun.

Ini kerana ketika ini mereka masih belum dapat mengawal otot yang terdapat pada tubuh badan termasuklah otot mulut lantas menyebabkan keadaan ini berlaku.

Namun ibu bapa masih perlu berwaspada dan jangan ambil mudah kerana ia juga mungkin adalah simptom beberapa kondisi kesihatan yang tertentu.

bayi

Air liur bayi tanda si manja mahu tumbuh gigi?

Menurut kepercayaan masyarakat kita pula, bayi akan mengeluarkan banyak air liur sehingga meleleh keluar dari mulut kerana mereka dalam proses mahu tumbuh gigi.

Adakah ia benar atau mitos semata-mata?

Jawapannya adalah ya, memang benar baby drooling akan berlaku kepada bayi yang mahu tumbuh gigi.

Proses ini dinamakan sebagai ‘teething’ dan air liur dipercayai diperlukan untuk melembutkan gusi bayi.

Jika ini adalah puncanya, maka tiada apa yang ibu bapa perlu risaukan kerana ia adalah antara proses tumbesaran dan perkembangan bayi yang normal.

Bukan untuk tujuan melembutkan gusi sahaja, ibu bapa juga perlu tahu bahawa air liur atau saliva bayi mempunyai beberapa fungsi yang lain iaitu:

  • Melembutkan makanan berbentuk pepejal
  • Mengasingkan sisa atau baki makanan
  • Memudahkan bayi menelan makanan dan minuman
  • Memastikan mulut bayi tidak kering
  • Melindungi gusi dan gigi bayi yang baru tumbuh

berus gigi bayi

Apakah punca lain ia berlaku?

Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa saliva bayi yang meleleh keluar dari mulut adalah normal ketika mereka dalam proses mahu tumbuh gigi.

Bukan itu sahaja, lelehan air liur pada mulut mereka juga mungkin masih normal ekoran kepentingannya terhadap penjagaan mulut si manja.

Pun begitu, terdapat beberapa faktor lain yang mengakibatkan keadaan ini berlaku termasuklah:

  • Keracunan
  • Jangkitan pada mulut, tekak, lidah, gusi atau sinus
  • Alahan susu atau makanan
  • Tercekik susu atau makanan
  • Pengambilan ubatan tertentu
  • Pedih ulu hati
  • Asid refluks (GERD)
  • Tonsilitis (keradangan pada tonsil)
  • Epiglottitis (keradangan pada epiglotis)
  • Sawan

Ataupun, ia juga mungkin merupakan petanda si manja anda menghidap penyakit lebih bahaya seperti:

  • Autisme
  • Down syndrome
  • Cerebral palsy
  • Bell’s palsy
  • Mononucleosis
  • Multiple sclerosis
  • Parkinson
  • Strok

bayi

Apakah yang ibu bapa perlu lakukan?

Sekiranya baby drooling adalah disebabkan oleh proses teething, maka tiada apa yang ibu bapa perlu risaukan.

Ibu bapa mungkin boleh membantu si manja mengurangkan rasa tidak selesa dengan memberi teething ring atau puting palsu untuk mereka menggigit atau mengunyah.

Ini kerana ia sudah menjadi refleks semula jadi di mana si manja akan terasa mahu mengigit atau mengunyah apa-apa sahaja objek yang masuk ke dalam mulutnya.

Lebih-lebih lagi jika gigi susu mereka mula menujah naik ke gusi, mungkin si manja akan berasa sedikit gatal, sakit atau tidak selesa dengannya.

Akan tetapi, lain pula ceritanya jika keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor lain seperti yang kami senaraikan di atas tadi.

Jika kalian tidak tahu atau tidak yakin dengan punca sebenar air liur bayi asyik meleleh, segera berjumpa doktor pediatrik untuk sesi konsultasi dan rawatan lanjutan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)