Siakap Keli
Gambar: Bernama

Banjir Di Sabah Semakin Pulih, Mangsa Di PPS Semakin Menurun

Kota Kinabalu: Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun petang ini dengan 428 mangsa daripada 133 keluarga masih ditempatkan di lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga daerah setakat pukul 4.00 petang ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kini hanya 99 mangsa daripada 35 keluarga ditempatkan di satu PPS di Kota Belud dan tiga lagi PPS di daerah berkenaan telah ditutup.

“Selain itu, 230 mangsa daripada 72 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Tenom dan jumlah itu tidak berubah sejak tengah hari ini. 

“Manakala 99 lagi mangsa daripada 26 keluarga masih ditempatkan di satu PPS di Beaufort,” katanya.

Setakat pukul 12 tengah hari ini, 730 mangsa daripada 225 keluarga ditempatkan di sembilan PPS di beberapa daerah di Sabah.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.