Siakap Keli

Cara Nak Kenal Alat Penimbang Yang Tepat & Ada Kelulusan, Elak Ditipu Masa Beli Durian

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sekarang ini merupakan musim durian, jadi sudah tentu peminat-peminat raja buah itu kan tercari-cari gerai yang menjualnya untuk melepaskan ‘hajat’ tekak.

Manakala bagi penjual pula, inilah masa yang paling dinantikan untuk mereka mendapat keuntungan berlipat ganda.

Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan ada segelintir penjual yang tidak jujur dalam berniaga, khususnya melibatkan berat timbangan buah durian tersebut.

Tahukah anda, sebenarnya ada cara untuk kita (pembeli) mengesan adakah timbangan yang dinyatakan penjual itu benar ataupun tidak, iaitu melalui jenis alat penimbang.

Seorang warga Twitter, Faisal Rahim berkongsi ‘rahsianya’ di bawah ini.

Sedikit info, Metrology Corporation Malaysia (MCM) ditubuhkan bagi tujuan menjalankan perkhidmatan pengesahan dan pengesahan semula semua alat penimbang dan pengukur yang digunakan di Malaysia.

Semua alat penimbang dan pengukur yang digunakan dalam perniagaan mestilah disahkan terlebih dahulu sebelum digunakan, serta perlu disahkan semula setiap 12 bulan seperti yang tertakluk dalam Akta Timbang dan Sukat 1972.

Ia bertujuan bagi mengelakkan penggunaan alat penimbang dan pengukur yang tidak sah.

Banyak peniaga durian aku tengok langsung TAK GUNA PENIMBANG yang ada cop MCM. Diaorang sebenarnya boleh kena hukuman Akta Timbang & Sukat 1972 (Pindaan 1981). Hukuman denda maksimum RM40,000. Biasanya peniaga Durian untung ratus ribu hingga berjuta RM satu musim.

Ini bukan untuk timbang durian je. Peniaga sayur, daging, kedai emas, jual kelapa sawit dsb. Tapi jika mereka peniaga, biasanya mereka dah tahu semua penimbang WAJIB ada cop MCM tersebut. Musang King 100 gram RM5. Itu berat duri je. Tambah lagi penimbang tak betul?

Akhir sekali. Takutlah semua peniaga ancaman Allah kepada yang menipu timbangan!

“Celakalah bagi orang yg menipu (dalam sukatan). Apabila mereka menerima sukatan drp orang lain, mereka sempurnakan. Bila mereka menimbang utk orang lain, mereka kurangkan.” Surah AlMutaffifin: 1-3.

Dalam masa sama, ada juga cadangan kaedah lain yang turut dikongsikan oleh netizen.

Sumber: Faisal Rahim, Metrology Corporation Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.