Siakap Keli

Cara Nak Kenal Jenis & Tahap Kepedasan Cili Kering, Rasa Masakan Yang Lebih ‘Kick’

Pasti ada diantara kita terutama sekali para suami yang rasa semua jenis cili kering sama sahaja.

Sebenarnya, cili kering yang berbeza memberikan rasa yang berbeza. Malah setiap jenis cili kering mempunyai masakan khusus yang sesuai dengan tahap kepedasan dan juga tekstur. Ia merupakan ramuan yang wajib lebih-lebih lagi semasa memasak sambal.

Pemilihan cili kering mestilah teliti, jika tersalah beli yang kurang pedas maka bagi yang meminati pedas tidak terasa ‘kick’ dalam masakan. Jika terbeli yang sangat pedas, anak-anak mungkin tidak akan menyentuh masakan kita.

Oleh itu, kalau nak menepati citarasa keluarga sendiri, ikuti tips dari Puan Zurr Izaty Zolkepli dari laman Facebooknya yang berkongsikan jenis-jenis cili kering dalam pasaran dan tahap kepedasan masing-masing.

Tak habis-habis lagi perkenalkan jenis cili ni.

Hadamkan ya. Kalau pedas jugak cili yang tuan puan beli dikedai, boleh beli dengan Kak Diva. Kak Diva boleh pos.

So jom kita baca.

1. Gemuk

Saiz besar, berkilat, biji yang banyak, kulitnya tebal dan liat, jika diblend, masih ada tekstur kasar, melainkan menggunakan heavy duty blender.

Ia juga dinamakan sebagai cili kering Kelantan, kerana banyak digunakan dan dijual di sana.

Original: Thailand

Sesuai untuk semua masakan, dicampur dengan cili 668, 273 dan Teja untuk dapatkan kepedasan yang seimbang dan warna merah yang cantik serta sesuai untuk dimakan oleh kanak-kanak atau orang tua.

Kalau tuan puan suka kan pedas, cili jenis ini tidak menepati citarasa tuan puan.

Tahap Kepedasan: Tak Pedas

2. 668

Tekstur kerinting, kurang biji, dan kulitnya nipis berbanding Cili Kering Gemuk. Mudah diblend sehingga halus tanpa menggunakan blender heavy duty.

Original: Thailand

Sesuai untuk dimasak: Kuih popia sira, Kuih burger Malaysia, Sambal Ikan bilis, sambal udang petai, kuetiew goreng basah, mee goreng basah, mee kuah, laksa, nasi goreng cili kering, sambal telur mata/rebus/pecah, Shellout dan lain-lain.

Sesuai untuk tuan puan yang suka kan pedas.

10 tangkai cili kering ini sesuai untuk satu hidangan 4 orang makan.

Tahap kepedasan: Pedas

3. 273

Saiz seperti cili padi, berkilat dan banyak biji. Kulitnya nipis dan mudah diblend menggunakan blender biasa sahaja. Tahap kepdasan sama seperti 668.

Original: Thailand

Sesuai untuk dimasak: Rendang, Laksa, Mi Goreng, Sambal Ikan Bilis Nasi lemak , Sambal ikan, Sambal sotong, Asam pedas, Sambal ketam, Masak Masam manis kerapu, Ayam Masak kicap jawa, Daging goreng berlada, Ikan Talapia panggang bersambal,Pes Ikan Bakar, Ayam goreng mamak dan lain-lain.

Tahap Kepedasan: Pedas

4. Teja

Rupa dan bentuk seperti cili jenis 273, tetapi sedikit kerinting. Tidak mempunyai batang. Jenis ini mempunyai kulit yang nipis dan mudah untuk diblender menggunakan blender biasa. Ia juga dinamakan Cili Kering Siam. ni tahap pedas dia tak boleh bawak bincang

Original: Thailand

Sesuai untuk dimasak: Ayam Masak Cili Kering Stail Cina Muslim atau jadikan flakes ( disangai/dibakar dalam oven dan blend kering)

Sesuai untuk mereka yang sukakan pedas.

Tahap kepedasan: Sangat Pedas

Persamaan untuk keempat-empat cili ialah pijar apabila disentuh. Hati-hati bila pegang cili tu

Sekian,

Kak Cabai Diva International

Sumber: Zurr Izaty Zolkepli

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.