Siakap Keli
Gambar: Agensi

Dua Digit Kes Baharu COVID-19 14 Hari Berturut-Turut, Victoria Perketat Semula Kawalan Pergerakan

Kerajaan Negeri Victoria di Australia dilaporkan akan ketatkan semula kawalan pergerakan bermula Khamis ini susulan peningkatan kes baharu COVID-19 di beberapa bandar utama.

Sebanyak 233 kes baharu dikesan dengan pertambahan dua digit kes baharu setiap hari selama 14 hari berturut-turut sejak beberapa minggu lalu.

Ketua negeri itu, Daniel Andrews seperti yang dilaporkan media berkata 233 kes baharu itu tidak boleh diterima dan satu ancaman kepada penduduk di Victoria.

Beliau juga dilapor mengarahkan siasatan dilakukan terhadap pihak pengurusan beberapa hotel yang dijadikan tempat kuarantin.

Tindakan itu ekoran terdapat dakwaan berlaku pelanggaran arahan oleh pengembara yang dikenakan perintah kuarantin.

Beliau juga mengarahkan penerbangan antarabangsa tidak mendarat di Melbourne bagi mengurangkan kemasukan pengembara yang perlu dikuarantin.

Dalam masa sama, hanya empat urusan sahaja yang dibenarkan untuk orang awam keluar dari rumah, iaitu merangkumi urusan kerja dan persekolahan, kesihatan, senaman serta membeli barang keperluan.

Sumber: KKM, ABC

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.