Siakap Keli

Elak Pakai ‘Earphone’ Ketika Tunggang Motosikal, Nanti Tak Peka Kereta Datang Dari Belakang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sesetengah orang gemar untuk memakai earphone semasa menunggang motosikal untuk menghilangkan rasa bosan untuk perjalanan yang jauh.

Ia seakan menjadi trend masa kini khusunya generasi muda untuk mendengar laju atau mendengar suara pertunjuk arah. Tidak salah, tetapi ada kalanya kita terleka sehinggakan berlaku perkara yang tidak diingini.

Seperti perkongsian daripada seorang laman Twitter menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika menunggang motosikal sambil mendengar lagu menggunakan earphone. 

Elakkan lah daripada memakai earphone sambil mendengar lagu ketika menunggang. Sebab takut kita tak dapat dengar atau tak jelas kereta yang datang dari belakang.

Bagaimanapun, rata-rata warganet juga menceritakan bahayanya penggunana earphone kepada penunggang motosikal.

Jadi, apa pun jua kita seharusnya lebih berhati-hati di mana jua berada tambah-tambah lagi jika anda salah seorang penunggang motosikal.

 

Sumber: Amirul Afiq

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang