Siakap Keli
Gambar: Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Rajab Ahad Ismail - Bernama

Kanak-Kanak Lelaki Tujuh Tahun Dilapor Hilang Telah Ditemui

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dilapor hilang sejak Sabtu lepas, telah ditemukan berada di rumah bapanya.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.

Beliau berkata kanak-kanak berkenaan tidak hilang tetapi telah diambil bapanya pada hari kejadian.

Ekoran itu, datuknya membuat laporan polis mengenai kehilangan kanak-kanak itu di Balai Polis Setapak semalam setelah mendapati cucunya tidak pulang ke rumah.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Ha Yi Jack itu tinggal bersama datuknya di Setapak di sini sejak enam bulan lepas berikutan ibu bapanya dikatakan dalam proses perceraian dan tinggal berasingan.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.