Siakap Keli

Kompleks ICQS Padang Besar Dan Durian Burung Dibuka Untuk Kenderaan Perdagangan Sahaja – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuat keputusan untuk membuka Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Padang Besar, Perlis dan di Durian Burung, Kedah.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata ia akan dibuka bagi kenderaan perdagangan komersial dan kargo sahaja.

“Agensi-agensi yang terlibat telah dimaklumkan mengenai keputusan ini untuk tindakan seterusnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata mesyuarat bersetuju agar rakyat Malaysia yang berada di Singapura dan berhasrat untuk pulang ke Malaysia tidak perlu lagi memohon permit MyPass daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang