Siakap Keli

Naik Turun Tangga, Wanita Berusia 90 Tahun Berjaya Raih Dana Lebih RM 2 Juta Dalam Masa 2 Bulan

Bila sudah teguh dengan niat tiada siapa yang mampu meruntuhkan semangat seorang wanita yang sudah lanjut usia tetapi masih bersemangat dalam membantu pusat yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan kesihatan negara.

Margaret Payne seorang warga emas yang bersia 90 tahun telah berjaya raih dana sebanyak RM 2, 228, 200.00 juta dengan mendaki tangga dirumahnya selama lebih 2 bulan.

Kudrat Payne yang lemah tidak membataskan niatnya untuk mengumpul dana. Selangkah demi selangkah kakinya mendaki tangga selama lebih 73 hari dan mencapai kumpulan ketinggian 731 meter dimana tingginya sama seperti gunung Suilven, Skotlandia. Wanita ini memilih ketinggian gunung itu kerana satu-satunya gunung yang pernah beliau daki semasa berumur 15 tahun.

Margaret Payne berjaya mengumpul lebih $ 520,000 dollar Amerika dan  dana tersebut disumbangkan kepada Perkhidmatan Kesihatan Nasional Britain sebagai ucapan terima kasih atas keperihatinan mereka terhadap suaminya yang telah meninggal dunia pada tahun lalu.

Cabaran ini diinspirasikan dari seorang veteren tentera yang dikenali sebagai Tom Moore. Lelaki tersebut berjaya mendapatkan dana sebanyak $ 40 million dollar Amerika dengan berjalan sebanyak 100 pusingan bersama tongkatnya di taman rumah dan dana tersebut juga disumbangkan ke Perkhidmatan Kesihatan Nasional Britain.

Oleh itu, Payne memutuskan untuk menukar rutin hariannya  di rumah menjadi sebuah cabaran untuk beliau disamping menjadikannya kutipan amal.

Menurut Payne, perkara ini sangat menakjubkan dan berterima kasih kepada semua yang sudi memberi sumbangan. Beliau juga memberi nasihat kepada sesiapa yang sudah berusia untuk sentiasa aktif dengan membuat pelbagai perkara dan sentiasa berminat dalam menjalani kehidupan.

Sumber: SCMP

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.