Siakap Keli

Pengimbas Suhu Infrared Tanpa Sentuh Adalah Peranti Perubatan Kelas B, Perlu Berdaftar Dengan PBPP – KKM

Ketika pandemik Covid-19 sudah memasuki fasa pemulihan di Malaysia, penggunaan pengimbas suhu infra merah menjadi alat pengimbas suhu paling popular ketika ini. Kebanyakan pusat membeli-belah, restoran dan kedai-kedai beroperasi memilih alat pengimbas suhu ini untuk catat suhu badan pelanggan.

Tetapi tahukah anda? Menurut laman Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya bahawa pengibas suhu infrared tanpa sentuh yang digunakan sebelum masuk ke premis adalah peranti perubatan Kelas B (Berisiko Sederhana Rendah) dan alat ini perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) sebelum digunakan.

Ini selaras dengan Seksyen 5 (1) Akta 737 di mana peranti yang hendak diimport dan di pasarkan dalam negara perlu berdaftar dengan PBPP. PBPP berhak hentikan edaran dan menarik balik peranti di pasaran sekiranya ada isu prestasi dan keselamatan.

Pengguna dinasihatkan agar merujuk manual pengguna yang dikeluarkan oleh pengilang bagi memastikan penggunaan peranti yang betul.

Foto: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber: KKM Putrajaya

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)