Siakap Keli

Puas Hati “Hiking” 4 Jam, Jumpa Pemandangan Seakan ‘Jurassic World’ Di Padawan Sarawak

Terdapat banyak tempat untuk dilawati di negara kita. Ada di antaranya yang masih lagi ‘tersembunyi’ dengan keindahan alam semulajadi yang tenang dan mendamaikan.

Seperti perkongsian oleh seorang gadis, Aizaharwani MJ di Facebook mengenai pengalamannya menerokai permata tersembunyi di Bumi Kenyalang.

Bengoh Range yang terletak di Padawan Sarawak ini diliputi gunang-ganang, tasik, air terjun, serta pemandangan menakjubkan umpama seperti berada di kawasan penggambaran filem ‘Jurassic World.

Pengembaraan hari ini: Menemui permata tersembunyi Bengoh Range di Padawan Sarawak. Ianya memerlukan pendakian selama kira-kira 4 jam.

Saya pergi ke empat air terjun iaitu Curtain, Koring, Pe’an dan Susung. Pemandangannya sangat menakjubkan dan tidak disentuh oleh tangan manusia umpama adegan daripada filem Jurassic World.

Daripada semua tempat yang saya kunjungi hari ini, pemandangan paling eksotik dan kemuncak kepada pendakian hari ini adalah pemandangan dari Kampung Sting, di mana anda dapat melihat 180° pemandangan dari Empangan Bengoh & Banjaran Bengoh.

Pemandangan dari atas selalu menjadikan pendakian berbaloi.

Sumber: Aizaharwani MJ

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.