Siakap Keli
beli rumah
Kredit: Google

“Rumah Beli Sebelum Nikah Bukan Harta Sepencarian, Suami Tak Boleh Tuntut”,10 Sebab Gadis Perlu Ada Rumah Idaman Sebelum Berkahwin

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Rata-rata anak muda mula mempunyai kesedaran untuk memiliki rumah sendiri. Selain dijadikan aset pelaburan, ia juga menjadi jaminan buat kita di masa hadapan.

Tak kurang juga buat wanita, rumah idaman penting sebagai persiapan menjadi wanita yang berdikari. Kenapa? Salah satunya supaya kita mempunyai tempat berteduh jika berlaku apa-apa di kemudian hari.

Mari baca perkongsian jujur dari lelaki ini khusus untuk anda, gadis-gadis di luar sana. Berikut adalah perkongsian saudara Azizul Azli Ahmad di Facebook beliau.

Gadis perlu ada rumah idaman

1. Anggapan saya bahawa setiap gadis perlukan sebuah kediaman untuk masa depan.

2. Impian bila kahwin, suami akan sediakan rumah menjadikan anda gadis yang kurang mandiri.

3. Untungnya jika dapat suami yang berkualiti tinggi. Bagaimana jika dapat suami yang macam roti, hari keempat sudah berkulat disana sini.

4. Rumah yang dibeli sebelum nikah bukan harta sepencarian. Suami tak boleh tuntut nanti.

5. Jika suami tetiba ‘menggatal’ anda masih ada kediaman sebagai perlindungan.

6. Anda tidak tinggal disurau atau tepi jalan. Atau kembali kekampung halaman. Menangis sebab ditinggalkan.

7. Lebih istimewa ia sebuah pelaburan, yang menjanjikan pulangan masa depan.

8. Mulalah merancang cari sebuah kediaman, biar kecil tetapi mapan. Persiapan untuk masa depan.

9. Langit tidak senantiasa ada awan, kadang kadang hujan sampai ke petang. Kadang mendung tidak berawan. Cantiknya pelangi tidak boleh dipegang.

10. Bercinta memang indah, sediakan payung sebelum basah. Waktu indah tak nampak susah.

Bila mata lebam baru nak gelabah. Menangislah anda tak sudah sudah.

Pada rumah, bermain angan-angan pada rumah, menjelma kenangan.

Sumber: Azizul Azli Ahmad

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.