Siakap Keli

“Saya Nak Kerja Dan Saya Lapar,” Ustaz Ebit Lew Sebak Jumpa Remaja Hidup Bersendirian Di Jalanan

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sekali lagi dipertemukan dengan seorang insan di jalanan yang mendambakan pertolongan manusia baik sepertinya.

Terbaharu, menerusi satu perkongsian di halaman Facebooknya, kali ini beliau ‘berpeluang’ berjumpa dengan seorang remaja sebangsanya di satu lokasi khusus yang tidak dinyatakan.

Difahamkan, remaja tersebut pernah berhasrat untuk bersemuka dengannya sejak dua bulan lalu.

Mari ikuti perkongsian penuh di bawah ini.

Gambar: Ebit Lew

Kasihan adik ni Lee Weng Keong 14 tahun dah 6 bulan tinggal tepi jalan berbekalkan beg kecil jer.

Baju dia balut dengan surat khabar jer. Sedih tengok.

Saya terbaca dia nak jumpa saya dah 2 bulan. Maafkan saya adik lambat jumpa awak. Mak dah lama dari kecil tak jumpa.

Gambar: Ebit Lew

Koperal Azman dan semua polis IPD Subang Jaya bantu selalu beri makan pada adik ini. Terima kaseh IPD Subang.

Polis di IPD subang call dah lama juga minta tolong tengokkan adik ini.

Saya tanya Lee kenapa cari saya. Katanya selalu tengok ustaz tolong orang. Saya lapar dan tidur tepi jalan.

Dia nak kerja dan lapar. Dia nak jadi macam saya katanya.

Gambar: Ebit Lew

Saya akan bantu dia untuk sambung belajar semula nanti. Saya nak cari rumah untuknya area Subang Jaya.

Saya nak cari rumah untuknya. Dan minta kawan tengokkan. Serta bawa dia pergi shoping baju seluar dan semua kelengkapan lain.

Berat ujianmu adik. Muda lagi. Maafkan saya ye.

Gambar: Ebit Lew

Kasihan adik ni lee weng keong 14 tahun dah 6 bulan tinggal tepi jalan berbekalkan beg kecil jer. Baju dia balut dengan…

Posted by Ebit Lew on Tuesday, June 30, 2020

Sumber: Ebit Lew

Adnin Razak

Tukang tulis untuk rakyat jelata.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.