Siakap Keli

TERKINI: Kes Baru Kekal 1 Digit, Hanya 2 Kes COVID-19 Dilaporkan Hari Ini

Putrajaya, 30 Jun – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan hanya dua kes baru positif COVID-19 direkodkan di Malaysia hari ini.

“Sehingga 30 Jun jam 12 tengah hari, terdapat 2 kes baru dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,639 kes,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Tambahnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 ialah 164 kes, berkurang berbanding 182 kes semalam.

“Ingin dimaklumkan daripada dua kes baharu yang dilaporkan, satu kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan satu kes adalah penularan di dalam negara iaitu kes saringan pra-rujukan di Hospital Kota Belud, Sabah.

“Kedua-dua kes ini melibatkan warganegara Malaysia. Tiada penularan dalam negara di kalangan bukan warganegara dilaporkan pada hari ini,” katanya.

Sebanyak empat kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sehingga kini dengan satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada kematian dilaporkan hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 121 kes bersamaan 1.4 peratus dari keseluruhan kes.

Selain itu, sebanyak 20 kes sembuh dan discaj juga dilaporkan hari ini.

Sumber: KP Kesihatan

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.