Siakap Keli
Gambar:Hindustan Times

Berjaya Sumbang Lebih RM3,000, Budak 6 Tahun Ini Jual Lukisan Bantu Kumpul Dana Covid-19

Ketika pandemik Covid-19 ini masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk surut, orang ramai dari pelbagai peringkat umur dan status ekonomi cuba sedaya upaya membantu golongan yang memerlukan.

Salah seorang dari mereka adalah seorang kanak-kanak yang berusia enam tahun, Kavir Mody yang juga merupakan penduduk di Breach Candy, India yang giat membantu orang yang memerlukan dengan menggunakan hasil rekaan seninya.

Kanak-kanak itu telah berjaya mengumpulkan sebanyak 54, 000 rupee (RM3, 060) yang disumbangkan ke sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO), Shrimad Rajchandra Love and Care (SRLC). Organisasi itu telah mengumpulkan wang untuk menyediakan peralatan dan bekalan kepada hospital Covid-19, menyokong pekerja barisan hadapan dan mengagihkan catuan bulanan kepada pekerja yang mendapat upah harian.

Memetik laporan Hindustan Times, Kavir telah melukis pada waktu terluangnya sejak perintah berkurung telah dilaksanakan pada Mac lalu di India dan ibunya, Urvashi, mencadangkan bahawa mereka boleh mencuba untuk mengumpulkan duit daripada hasil seninya itu dan menderma untuk kerja-kerja pemulihan Covid-19.

“Pada awalnya, saya ragu-ragu kerana saya tidak pasti siapa yang ingin membeli lukisan kanak-kanak. Namun, apabila kami mengedarkan katalog dengan semua lukisannya, orang ramai mula membuat permintaan untuk membelinya.

“Sehingga sekarang, dia telah menjual sebanyak 24 lukisan yang berharga di antara 1,500 rupee sehingga 3,000 rupee,” kata Urvashi.

Sumber: Hindustan Times

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa