Siakap Keli

Jangan Basuh Guna Mesin, Ini 7 Tips Untuk Tudung Tahan Lebih Lama

Bagi wanita yang bertudung, selain corak tudung yang menarik, pemilihan material tudung yang baik dan tahan lama juga adalah sangat penting.

Memilih material yang baik dan selesa dipakai bukanlah perkara yang mudah bagi kaum wanita. Namun lain pula kisahnya bila sudah dapat tudung yang selesa untuk dipakai tetapi baru sahaja beberapa kali dipakai warnanya sudah kelihatan pudar dan kusam.

Oleh itu amat penting untuk para wanita yang bertudung mengetahui cara yang betul untuk menjaga tudung agar tudung yang dibeli tidak cepat rosak dan warna pudar serta kelihatan kusam.

Bagaimana cara untuk memastikan tudang tahan lebih lama? Berikut perkongsian dari Elsajida:

KETAHUI 7 RAHSIA TUDUNG TAHAN LEBIH LAMA MACAM BARU JER KELUAR KEDAI

Tudung ni sifat material nya lebih lembut dan ada yang agak nipis berbanding material pakaian yang lain tau contoh macam material chiffon. Jadi penjagaannya memang kena EXTRA CAREFUL sikit. Tak boleh main ikut dan jer especially bila tang nak basuh tudung. Meh ikut Elsa, ketahui rahsia tudung tahan lebih lama macam baru jer keluar kedai.

1. Jadikan HABIT untuk asing tudung dan baju dalam bakul yang berbeza. Ini juga bertujuan nak elakkan ada warna yang mudah luntur kena pada materia tudung korang dan memudahkan proses nak membasuh tudung.

2. Gunakan PELEMBUT FABRIK yang bersesuaian dengan tudung di pasaran. Kalau boleh rendam seketika dalam 1-2 jam untuk pastikan pelembut fabrik meresap ke dalam helaian tudung korang. Lagi lama lagi bagus, nanti tudung korang berbau harum je sepanjang hari tau.

3. Material tudung ni bersifat lembut dan sensitif terutamanya untuk material sutera. Cukup korang gosok sesikit je, tak perlu sental terlalu kuat takut ianya boleh merubah tekstur tudung korang pulak nanti. Lagipun tahap kekotoran tudung tak kotor sangat macam baju.

4. Kalau boleh elakkan masuk dalam mesin basuh. Rendam celup celup je dah memadai.

5. Jemur helaian tudung di kawasan redup dan tak terlalu panas. Suhu sekeliling yang terlalu panas boleh rosakkan material tudung tau.

6. Bila nak menggosok, makesure suhu nya minima atau paling rendah. takut takut kalau terlalu tinggi , tak pasal terlubang pulak tudung yang korang nak pakai tu nanti , hati hati ya hehe

7. Elsa suggest untuk korang gantung ataupun lipat dengan TEKNIK MENGGULUNG tudung dan susun ikut hues warna yang senada. Material tudugn pun tak rosak, pandangan kita pun nampak cantik je bila susun molek macam tu.

Selamat mencuba!

Sumber: Elsajida

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.