Siakap Keli
Gambar: AFP

Kematian Covid-19 Di Mesir Kini Mencecah 3 Ribu Orang

Istanbul: Jumlah korban COVID-19 di Mesir kini mencecah 3,000 orang pada Selasa, menurut Kementerian Kesihatan lapor agensi berita Anadolu.

Kementerian dalam satu kenyataan berkata 81 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu, keseluruhan kematian setakat ini ialah 2,953 orang.

Seramai 1,557 orang lagi diuji positif COVID-19 menjadikan keseluruhan seramai 68,311.

Jumlah pesakit yang sembuh pula seramai 18,460 orang.

Wabak maut itu sudah meragut lebih 508,000 nyawa penduduk di seluruh dunia, dengan lebih 10.3 juta kes disahkan dan pesakit sembuh melebihi 5.3 juta, menurut Johns Hopkins University.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.