Siakap Keli
Gambar:BERNAMA

KPM Kenal Pasti Tiga Model Pengoperasian Pembukaan Penuh Sekolah

Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Md Jidin menerusi sidang media hari ini memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengenalpasti model satu sesi, dua sesi dan penggiliran bagi pengoperasian pembukaan penuh sekolah.

Berdasarkan analisis dan perincian yang telah dilaksanakan, KPM telah mengenalpasti tiga model pengoperasian pembukaan penuh sekolah yang perlu dijadikan panduan oleh pentadbir sekolah mengikut kesesuaian dan situasi di sekolah masing-masing.

Model pertama adalah model satu sesi. Model ini ialah untuk sekolah yang mempunyai bilik darjah atau ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dalam satu sesi setelah mengambil kira penjarakan sosial.

Model kedua adalah model dua sesi. Model ini ialah untuk sekolah sedia ada yang telah beroperasi secara dua sesi ataupun sekolah satu sesi yang kini perlu beroperasi secara dua sesi kerana tidak mempunyai ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dengan mengambil kira penjarakan sosial

Model yang ketiga adalah model penggiliran. Model ini ialah untuk sekolah yang mempunyai ruang mencukupi bagi menempatkan semua murid walaupun dengan melaksanakan model dua sesi. Kebanyakan sekolah di dalam kategori ini adalah sekolah yang terletak dalam kawasan berkepadatan penduduk tinggi.

Sumber: Bernama Tv

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa